Sunday, 7 October 2012

Ragam Qiesha Anak Buah Tunggal

Salam,

Alhamdulillah dah selamat berpindah ke serdang. Selalu bila hujung minggu balik kejap2x je jenguk anak buah yang tunggal tu Qiesha Nur Zahara. Nama sedap kan, ragam aduyaaaiiiiii geram pun ada kadang2x. Sabtu ahad ada dengan dia ada je peristiwa yang mencuit hati. . .  . kelakar ada geram pun ada. . . .

Peristiwa Makan Ubat Batuk,

Penat panggil dia nak suruh makan ubat akhir dapat tangkap dia dengan bantuan ayah dia. Joloklah selinder ubat tue dlm mulut tanak dia mengamuk2x, last2x dapat picit masuk. Sedap gaknya ubat tue licin dia kerjakan. Pastu menangis nak ubat tue lg, mana boleh nnt overdose.. . . pujuk2x x mau juga. Dalam hati terdetik 'Eh sedap sangat ke ubat tue, rasalah belen yg lekat kat selinder ubat tue". Memang sedap!.

Untunglah budak zaman sekarang ubat sedap mcm gitu. Zaman kita dulu mana dapat sedap mcm tue.


Peristiwa Jumpa Bakal Pak Ngah

Semalam tunang mak ngah mai rumah, nak ambil hadiah B'day yang Mak Ngah beli. Bukak je pagar budak kecil tue datang dengan muka Somel dia tue lah, ckp byk sangat tapi x faham. Okey lebih kurang fahamlah nak ikut lah tue, bawalah pi kat kereta. Makin dekat kat kereta makin kejap pelukan qiesha, nmpk je muka bakal Pak Ngah terus takut. Gengam baju x mau lepas. Okey ronda keliling taman, qiesha senyap je x macam selalu kecoh. Masa nak turun dari kereta qiesha pandang je muka pak ngah, pastu suruh salam qiesha salam. Suruh cium pun dia mau, Bakal pak ngah siap jerit Yes! dapat pun cium 'acha'(Qiesha). Kesian pula kadang2x tue, tunang mak ngah selalu sedih sebab qiesha x mau dengan dia. Dia pulak jenis suka budak. . . . .  :)

Turun dari kereta dia terus bercakap2x smpai masuk rumah, gelak sensorang. X fahamlah, mak ngah pandang ibu qiesha, ibu pun pandang mak ngah balik. Pelik budak nie. . . . minum susu gelak sensorang.



Rupa- Rupanya setelah di amati betul2x, dia tengah duk gelak sebab tengah main permainan kumpul susu sambil gembungkan mulut. Apa- Apalah janji ko hepi budak. . . . . .



P/s: Qiesha tolong jangan pungah bag mak ngah. . . . .

No comments:

Post a Comment