Tuesday 2 October 2012

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG
BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat- cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat
penting:

Soalan 1 :      Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis
                belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 :     Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 :      Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini   
                gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 :     Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 :     Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 :    Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
               mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu
               merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 :     Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
               memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 :    Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
               sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,      
               barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 :     Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 :    Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak  
               sah!!!


Soalan 6 :     Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 :    Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
               untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 :   Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
             anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak  
             perempuannya sendiri?

Jawapan 7 :  Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 :   Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
             (atau bukan Muslim)ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
             tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 :  Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
             perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 :   Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah 
             saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi 
             kain sendiri?

Jawapan 9 :  Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
             anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk   
             memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
             lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
             taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2
kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun
diakhirat....

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious!
jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah:   'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

By: USTAZ ROSLI ALHAFIZ. 


No comments:

Post a Comment