Thursday, 11 October 2012

Know Your Berries with Chatime?

Salam pengemar Chatime,


Ni lah iklan utk produk terbaru dari Chatime,



Strawbery Tea With Pudding


Ni pula antara produk yg sangat cantik di pandang. Lapisan bawah tue pudding okey. Tetapi kerana terlalu sibuk hingga lupa nak minum terlajak hampir 3 jam dalam peti sejuk. Bila minum jer dh masam sebab dia combine strawbery dengan tea + Pudding(Serius pudding tue sedap sgt). Baru perasan yg dekat cawan ada iklan kecil tulis "Drink Within 2 Hours for the best taste". So x dapatlah salah kan Chatime, salahkan diri sendiri



Chocolate Hazelnut with Pearl RM5.90- My Favourite
 

Pehhhh, x payah citer banyak memang best sgt. Napa lah diorg x combine pudding tue dengan chocolate hazelnut ni mesti lagi meletup. Next time nak cuba mintak. For more info regarding product please visit this link-  http://www.everydayfoodilove.co/2012/03/chatime-ioi-boulevard.html
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
So apa tunggu lagi gi ler try make sure drink it within 2 hours. . . . .

Sunday, 7 October 2012

Ragam Qiesha Anak Buah Tunggal

Salam,

Alhamdulillah dah selamat berpindah ke serdang. Selalu bila hujung minggu balik kejap2x je jenguk anak buah yang tunggal tu Qiesha Nur Zahara. Nama sedap kan, ragam aduyaaaiiiiii geram pun ada kadang2x. Sabtu ahad ada dengan dia ada je peristiwa yang mencuit hati. . .  . kelakar ada geram pun ada. . . .

Peristiwa Makan Ubat Batuk,

Penat panggil dia nak suruh makan ubat akhir dapat tangkap dia dengan bantuan ayah dia. Joloklah selinder ubat tue dlm mulut tanak dia mengamuk2x, last2x dapat picit masuk. Sedap gaknya ubat tue licin dia kerjakan. Pastu menangis nak ubat tue lg, mana boleh nnt overdose.. . . pujuk2x x mau juga. Dalam hati terdetik 'Eh sedap sangat ke ubat tue, rasalah belen yg lekat kat selinder ubat tue". Memang sedap!.

Untunglah budak zaman sekarang ubat sedap mcm gitu. Zaman kita dulu mana dapat sedap mcm tue.


Peristiwa Jumpa Bakal Pak Ngah

Semalam tunang mak ngah mai rumah, nak ambil hadiah B'day yang Mak Ngah beli. Bukak je pagar budak kecil tue datang dengan muka Somel dia tue lah, ckp byk sangat tapi x faham. Okey lebih kurang fahamlah nak ikut lah tue, bawalah pi kat kereta. Makin dekat kat kereta makin kejap pelukan qiesha, nmpk je muka bakal Pak Ngah terus takut. Gengam baju x mau lepas. Okey ronda keliling taman, qiesha senyap je x macam selalu kecoh. Masa nak turun dari kereta qiesha pandang je muka pak ngah, pastu suruh salam qiesha salam. Suruh cium pun dia mau, Bakal pak ngah siap jerit Yes! dapat pun cium 'acha'(Qiesha). Kesian pula kadang2x tue, tunang mak ngah selalu sedih sebab qiesha x mau dengan dia. Dia pulak jenis suka budak. . . . .  :)

Turun dari kereta dia terus bercakap2x smpai masuk rumah, gelak sensorang. X fahamlah, mak ngah pandang ibu qiesha, ibu pun pandang mak ngah balik. Pelik budak nie. . . . minum susu gelak sensorang.



Rupa- Rupanya setelah di amati betul2x, dia tengah duk gelak sebab tengah main permainan kumpul susu sambil gembungkan mulut. Apa- Apalah janji ko hepi budak. . . . . .



P/s: Qiesha tolong jangan pungah bag mak ngah. . . . .

Wednesday, 3 October 2012

Sakit Gigi





Hari tu konon2x sebagai persiapanlah nak jadi raja sehari pergi lah dentist nak cantik kan gigi. Dah lah buat appoitment pukul 9.00 pagi tapi smpai lewat n takut temujanji bertindan dengan temujanji org lain terus pergi klinik tue. Doctor check pastu dia kata ada yg kena tampal dan ada satu yang kena cabut. Okeylah buat semua seperti yang dicadangkan (X tanya harga pun main buat jer- konon2x kaya). Lepas dh siap tue doctor pun bagi antibiotic n pain killer. Jeng2x bil pun keluar RM720.00 okey. Dah lah dalam wallet ada RM200.00 jer. Nasib baik diorg bagi keluar pergi ATM jap. Tinggalkan IC ler sekejap.

 Balik tue gi service kereta n sementara nak tgu kereta siap kebetulan sebelah bengkel tue ada kedai makan. Pekenalah roti bakar & laici( Konon2x utk menghentikan pengaliran darah). Berhentilah pendarahan tue, sambil dalam hati berkata yang eh dh sihat x sangka x sakit pun rupanya cabut gigi nie.

Dua hari pastu dh mmg x sakit langsung cuma geli je dekat area yang cabut tue sebab lembut dan suci. . . . (Suci ka). Pastu dengan penuh rasa yakinnya siap buang lagi ubat tue. . .

Masuk hari yg kelima, Pesal rasa mcm sakit je gusi ni mcm pedih masa gosot gigi. Makin hari makin bengkak gusi tue. . . . . hari ni kena pi dentist balik. . . . .  tapi appoitment tue kul 1.30pm aduyaiiiii lagi beberapa jam. Baca doa jelah mampu sekarang nie. . .  . .



P/s: Kambing giginya cantik coz mam rumput jer. . . . .

Tuesday, 2 October 2012

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG
BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat- cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat
penting:

Soalan 1 :      Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis
                belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 :     Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 :      Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini   
                gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 :     Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 :     Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 :    Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
               mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu
               merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 :     Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
               memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 :    Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
               sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,      
               barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 :     Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 :    Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak  
               sah!!!


Soalan 6 :     Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 :    Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
               untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 :   Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
             anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak  
             perempuannya sendiri?

Jawapan 7 :  Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 :   Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
             (atau bukan Muslim)ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
             tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 :  Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
             perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 :   Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah 
             saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi 
             kain sendiri?

Jawapan 9 :  Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
             anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk   
             memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
             lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
             taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2
kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun
diakhirat....

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious!
jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah:   'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian  alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

By: USTAZ ROSLI ALHAFIZ. 


Monday, 1 October 2012

Kawan makan kawan

Salam,

Sungguh x sangka. . . kawan yang selama ni bersusah senang dengan kita berubah menjadi orang lain bila ianya melibatkan wang.

Bukan kah sebagai seorang kawan seharusnya memahami tentang kawanya, ini x bermasam muka bila orang lebih sedikit darinya. Kalau mahu kan sesuatu berusahalah bukannya menindas orang lain. . . .


So lau nak memilih kawan sila rujuk pesanan Imam Al- Ghazali di bawah:-


Sunday, 30 September 2012

Kad Kahwin

Salam,

Susah juga nak pilih kad jemputan kahwin nie. Ada a few design yg sha suka tapi entahlah. .  . kenalah bincang dgn che abg sebab nak tempah sekali kan.








Sunday, 22 April 2012

Friday, 20 April 2012

Hardcover Untuk Projek Paper

Hardcover Untuk Projek Paper

Ya ampun, hanya tuhan yang tahu betapa susahnya nye nak mencari kedai buku yang buat hardcover dalam masa satu hari. Al- maklumlah pertama kaji siapkan project paper so memang tak tahu mana nak cari kedai. Sampai dh habis ikhtiar googled je tue pun jumpa kedai yg bukan2x. Dugaan sungguh lah akhirnya berjumpa juga dengan sebuah kedai di seksyen 2 shah alam, katanya boleh siap satu hari dengan harga RM60.00. Harap2x jumpa lah kedai itu sekejap lagi. . . .